Jumaat, 25 Jun 2010

"Saya Boleh Buat !"- Sek Keb Tengku Ampuan Mariam,21 hb Jun 2010.


Sebahagian daripada peserta.


Tekunnya adik adik ni...


Loti Lotiiiii....: )


Adik adik menumpukan perhatian..


Opss,kepala sangkut lah...

"Bagi pendapat saya program ini bagus kerana ia memberi banyak pengajaran baru kepada saya. Masa yang diperuntukkan terlalu pendek. Saya juga berasa sangat seronok pada hari ini kerana banyak aktiviti yang menarik. Doakan saya,ya."

Aqilah Nasuha Bt Bat Latiff
Darjah 6 Mariam


"Seronok kerana ia dapat membantu saya pelajari perkara baru.Program ini lebih meyakinkan saya untuk lebih berusaha mendapat 5A .Terima Kasih"

Mastura Bt Mohd Yusoff
Darjah 6 Mariam


"Pada pendapat saya , program ini adalah sangat bagus kerana ia memberi banyak manfaat. Pengajaran yang saya dapati banyak memberi kesedaran kepada saya. Masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Saya berasa amat seronok kerana banyak aktiviti yang dilakukan"

Siti Maisarah Bt Mohd Noor
Darjah 6 Mariam


Motivasi kelab tutor remaja memberikan banyak pengetahuan. Lagipun permainan yang diadakan tadi sangat bermanfaat.Saya tak akan lupa tentang apa yang dipelajari tadi.Tutor Remaja the best!"

Nurul Syuhada Bt Abd Rahim
Darjah 6 Khadijah


" Motivasi ini sangat bagus.Motivasi ini juga telah menyedarkan saya. Ianya seronok dan aktivitinya sangat best.Saya berharap agar Kelab Tutor Remaja akan datang lagi ke sekolah kami."

Ainatul Izzati Bt Abd Manan
Darjah 6 Khadijah


"Semoga Kelab Tutor Remaja dapat datang lagi ke sekolah saya."

Mohd Hafiz Bin Hamdan
Darjah 6 Balqis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan