Khamis, 1 April 2010

ASAS MOTIVASI: KENALI DIRI (I)


Anda,ibu bapa anda, rakan-rakan anda, bill gates, tun mahathir, ehud barak, yusuf al-qadarawi, safiah yusuf dan syahmi mokhtar adalah satu keluarga yang bermoyangkan Adam a.s dan Hawa (mungkin darwin dan pendokong teorinya terkecuali kerna mereka percaya diri berasal dari beruk). Ketahuilah dan ingatlah perkara ini. Kenal diri. Kita sama, manusia kesemuanya. Sperma dan ovum asalnya. Bilangan kromosomnya 44+XX/XY.Lahir dengan laung tangis yang sama dan dengan tujuan yang sama..menghamba diri kepada penciptanya, Allah SWT pencipta yang Yang Esa. Ketahuilah dan ingatlah. Persoalannya apa yang menjadikan kita berbeza. Ada yang mencipta kehebatan samada di dunia atau di akhirat atau keduanya. Maka,wajar kita bertanya apakah formula kejayaan yang membezakan kita yang sebenarnya 'sama'ini? Ingatkah kita pada kata-kata ini?

"Jika kamu inginkan Dunia, maka tuntutlah ILMU"
"Jika kamu inginkan Akhirat, maka tuntutlah ILMU"
"Dan, jika kamu mahu keduanya, maka hendaklah kamu MENUNTUT ILMU"

p/s..nantikan ilmu pertama yang perlu diketahui agar anda berada di landasan kejayaan.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. mengikut michael h.hart (seorang yahudi) melalui bukunya The 100:most influential person in history menyatakan Nabi Muhammad SAW adalah manusia paling berpengaruh dlm sejarah manusia.. Baginda dipilih kerna satu2nya manusia yng berjaya dalam konteks keperluan duniawi dan akhirat..

    BalasPadam