Sabtu, 10 April 2010

Kem Keyakinan Diri Kelab Orator UDM,3 Hari 2 Malam (siri 1)




Bismillahirrahamnnirahim..

Alhamdulillah, Kelab Tutor Remaja yang diwakili Abg Syahmi Mokhtar bersama Abg Ahmad Burhan Sidqi A.Rahim, Kak Jamaliah Abu Hasan dan Abg W.M. Suhaery (juga Abg Izzudin) selesai melaksanakan tugas menjayakan Kem Keyakinan Diri & Sillaturahim atas jemputan Kelab Orator UDM yang berlangsung pada hari Khamis 08 April hingga Sabtu 10 April 2010 bertempat di Kem Kokurikulum UDM,Merang, Setiu. Sepanjang program, peserta diperkenalkan asas kepada perdebatan ala parlimen, praktikal debat, explorace debat, kayak serta LDK (ucapan impromtu, lanun DIN dsb) demi meningkatkan kefahaman dan keyakinan diri para peserta yang bakal berdebat di arena debat IPT Malaysia. Moga peserta daripada Kelab Orator Udm ini memperolehi ilmu yang disampaikan dan mampu memanfaatkannya di gelanggang yang sebenarnya. Tahniah buat Sri Mogana, Shazwani dan Nadzely atas anugerah peserta-peserta terbaik program. Buat pihak penganjur, Saudara Anas selaku Presiden Kelab berserta jawatankuasanya sekalung tahniah atas penganjuran yang amat berjaya dan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada pihak kami. Buat rakan-rakan daripada Kelab Orator UDM yang akan meninggalkan alam universiti, terutama Nur Hidayah Surasa, Zulfahmi, Halwani dan lain-lain. Moga berjaya di luar sana. Mohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang kem ini berlangsung. Sekian.


Abg Syahmi memberi penerangan berkaitan asas perdebatan ala parlimen










Sesi praktikal dilaksanakan agar keupayaan pendebat dapat dikenal pasti seterusnya diperbaiki.





Abg Burhan memantau adri dekat sesi sumbang saran yang dilalui adik-adik peserta.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan