Tulisan ini sebagai respon kepada isu sahabat yang ditimbulkan samada oleh rakan-rakan KTR, bekas peserta program KTR dan pihak Kelab sendiri. Amat penting diingatkan Kelab Tutor Remaja ditubuhkan atas dasar persahabatan yang terpaut sekian lama dan KTR ingin terus menjadi jambatan persahabatan ini.
Sesuatu yang amat sukar mentakrif "sahabat" yang dibeda daripada kenalan, kawan, teman dan sebagainya . Apatah lagi untuk menyatakan siapa sahabat itu, menyatakan nama seseorang sebagai sahabat akan mengusik jiwa yang tidak tersenarai. Tetapi percayalah semua orang tahu siapa yang benar-benar sahabat dan siapa yang sekadar kenalan dan rakan.
Namun, akhirnya tiada sesiapa terlepas dari mempunyai kenalan, rakan, dan sahabat. Dan dalam agama Islam, menariknya, orang seagama diangkat lebih daripada kenalan,rakan dan sahabat sehingga menjadi saudara. Saudara seagama. Hal ini, dinyatakan dengan jelas Sabda Rasulullah " Tidak sempurna iman seorang muslim selagi dia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya". Atas dasar inilah kekuatan jemaah Islam didirikan. Sedikit terkilan kerana semakin terhakis rasa cinta ini dan istilah 'hak asasi manusia" dan "tidak mahu menjaga tepi kain orang" menjadi rasional mengelak tanggungjawab yang harus terbit dari rasa cinta itu. Adakah kita perlukan pedang untuk meluruskan saf-saf jemaah Islam ini? Atau pendidikan perlu diperkasa untuk menyampaikan betapa "The Power Of Crowd" ini amat hebat kuasanya.
Satu kajian saintifik telah dibuat untuk menilai kehebatan "The Power Of Crowd". seramai 800orang peserta diminta meneka berat seekor binatang. Keputusannya, setelah semua hasil tekaan dijumlahkan dan hasil puratanya diperolehi. Perbandingan dibuat dan didapati berat sebenar binatang itu adalah 542.9 kilogram manakala purata tekaan para peserta adalah 543.4 kilogram, hanya berbeza 0.5 kilogram. Ini menunjukkan "The Power Of Crowd" mampu menghasilkan jawapan yang sangat hampir. Seperti kajian ini, kekurangan tekaan seseorang akan ditampung oleh yang meneka lebih daripada berat sebenar, begitulah jemaah dan kesatuan ummah yang bersatu pada saling menampung dan menyokong.
Anda, kenalan anda, rakan anda dan sahabat anda lahir dengan kelebihan tersendiri, dan kita jua punyai kelemahan masing-masing. Berjemaahlah kita membina kekuatan ummah. Insya Allah.
Insya Allah..

KASUT INI TIDAK BEERTI JIKA IA BERSENDIRIAN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan